Monday, December 17, 2012
Friday, December 14, 2012
sandaran hati
berdiri ku disini
menahan hati mu dari terjatuh
terjatuh kehati yang lain
ku bersandar
menahan hati mu
merah bahun ku
akan ku tahan sampai mati
demi kamu
Thursday, December 13, 2012
Wednesday, December 5, 2012
perasaan hati
tenggelam perasaan hati,
tenggelam bersama matahari jatuh,
jatuh kebawah mendapan perasaan,
perasaan yang hancur berkecai,
mencari cinta agung,
seagung janji kita,
kita yang yang melafazkan ikrar sehidup semati,
mati akhirnya akibat cinta palsu.
janji sementara ditaburkan,
ditabur atas dasar hasad dengki,
dengki selari wajah hodoh,
sehodoh hati jiwa kampung.
cair hati dipujuk rayu,
rayuan manis semanis madu,
madu habis tinggal sepah,
sepah yang tinggal boleh dibuang.
Saturday, November 24, 2012
Monday, November 19, 2012
kamu
kamu
pelengkap hidup
kamu
pembuat kopi ku
kamu
penenang ku
kamu
si cantik ku
kamu
merajuk bila aku tidak shopping
kamu
si jurutera ku
kamu
si tidak pemakan sayur
kamu
teman perbincangan hidup
kamu
penyuap ku
kamu
kamu teman kembara ku
kamu
penasihat peribadi ku
kamu
si clumsy
kamu
si pemeluk ku
dan kamu
insan yang ada disisi sebelum nafas ku yang terakhir
Sunday, November 18, 2012
Wednesday, November 14, 2012
feri
kategori nya ketegori lama, jadi apa yang baru sekarang? yang barunya jambatan,
tapi kenapa feri masih lagi menjadi pilihan, sebab yang lama lagi menarik,
yang baru menarik sekejap saja, jambatan menjadi boring tanpa sebab.
begitu juga aplikasinya kepada relationship.
Friday, November 9, 2012
dilema
Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya
Kau tak penah cuba memahami aku
Cinta kau ucap kau tak penah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak penah kau cuba ringankan
Cinta kau ucap kau tak penah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak penah kau cuba ringankan
Oh ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
Kau bukan milikku
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku
Monday, November 5, 2012
Kopi a.k.a Coffee
Kopi, satu minuman yang dianggap elit lah dalam kelas minuman,
Mitosnya pula kopi ni dianggap ubat tahan mengantuk,
Kisahnya dikampung pula sedap dimakan dengan biskut cap pingpong,
Berlainan pula dibandar tempat kerja kolar puteh,kopi menjadi minuman waktu bermesyuarat,
Di pusat membelih belah menjadi minuman bagi anak-anak muda bercitarasa wanita generasi y,
Bagaimana kisah saya dengan kopi?
its complicated.
Friday, November 2, 2012
Thursday, November 1, 2012
Wednesday, October 31, 2012
KITA
kita kalau tak mandi katanya nanti melekit, kita kalau tak makan nanti perut masuk angin, kita kalau tidur lewat katanya nanti sakit, kita kalau kotor katanya nanti pengotor, kita kalau tak ambil tahu hal orang satu hari katanya tak up to date, kita kalau tak cerita pasal orang katanya tak prihatin, tapi mereka-mereka ini tak makan tak apa. tak mandi tak apa, tak tidur tak apa, kotor tak apa, mana sikap amik tahu tu?
Tuesday, October 30, 2012
Titiwangsa Sang Tulang Belakang Kepulauan Emas
kenapa masih ramai yang tak sedar tentang keindahan alam yang tuhan bagi? (maaf kualiti gambar kali ni memang menghampakan)
Wednesday, October 24, 2012
potrait
tahu kah anda potrait merupakan salah satu cabang fotografi. warna dan tona memainkan peranan penting dalam mengambarkan suasana nak wajah potrait tersebut. jika kita lihat dalam gambar ni bila tona dilihat sangat rendah, suasana dan wajah model ni kelihatan pucat. jadi setting dalam kamera amat penting bila kita nak snap2, selain sedikit adjustment dari software seperti photoshop dan lighroom dan apa-apa lagi software yang mungkin anda guna. (individu dalam gambar - fatin)
Tuesday, October 23, 2012
cinta
hello, ni gambar masa outing dekat georgetown pukul 7 pagi. Cinta yang ada ni bukan time muda. Cinta juga bukan untuk pasangan jea, mak ayah pun kena cinta juga, sayang sampai mana pun pasangan kita tu, jangan ditolak mak ayah. kalau buat kira-kira perbelanjaan hidup kita ni, memang kalah dengan perbelanajaan untuk diri mereka sendiri..
Sunday, October 21, 2012
Rezeki
Gambar kali ni, kisahnya di Bandung dimana jika dapat kita lihat didalam gambar ni, terdapat seorang lelaki yang menjual basikal. Apa yang menariknya, basikal-basikal tu diperbuat daripada bahagian basikal yang di kitar semula lebih kurang dan dijadikan basikal ala-ala baru. Inovasi memang tidak mengira tempat.
Saturday, October 20, 2012
hilang
hilang kepercayaan kepada diri sendiri,
apa maknanya?
hilang kepercayaan kepada bakat diri sendiri sendiri?
apa maksudnya?
hilang semangat diri
apa ertinya?
hilang nilai diri
apa tautannya?
hilang kepercayaan kepada sejarah
kita lupa diri.
Monday, October 15, 2012
keep calm and smile
harapanya saya mampu senyum dalam setiap waktu.
racun kadang-kadang duduk disebelah tanpa disedari.
penawar kadang-kadang ada jauh dan susah jumpa
kadang-kadang tuhan belum tentukan lagi untuk kita temuinya
racun kadang-kadang duduk disebelah tanpa disedari.
penawar kadang-kadang ada jauh dan susah jumpa
kadang-kadang tuhan belum tentukan lagi untuk kita temuinya
Saturday, October 13, 2012
Wednesday, October 10, 2012
Wednesday, September 26, 2012
Sunday, September 16, 2012
berniaga
katanya wanita kelantan suka berniaga..betul atau mahupun salah itu tidak ku pasti.
jawapan nya ada pada anda
Tuesday, September 11, 2012
sejarah
sejarah mungkin dilupakan tapi kesan kepada sejarah itu kita rasai,
apa yang kita lupa, kita menanggung
Monday, September 3, 2012
Wednesday, August 29, 2012
Sunday, August 26, 2012
Thursday, August 23, 2012
Wednesday, August 8, 2012
Monday, July 30, 2012
Sunday, June 17, 2012
Friday, June 15, 2012
Thursday, June 14, 2012
Wednesday, June 13, 2012
Monday, June 11, 2012
lapisan
orang kata lapisan awan ni ada 7,memang betol tujuh, tapi lapisan dalam hak sama rata masyarakat ada tak? sebenarnya tak ada tapi ianya direka oleh golongan elit pemerintah untuk mengawal masyarakat demi kepentingan mereka.itu andaian saya,andaian anda?
bagaimana
seperti yang kita tahu,perjalanan hidup ni memamng penuh pancaroba,tapi bagaimana kita hadapai pancaroba tersebut. kalau dilihat, perangai buat tak tahu atau buat-buat tak ada apa yang berlau mungkin menjadi penyelesaian paling mudah tapi lebih baik kita mencari jalan dalam muka yang buat-buat tak tahu tu agar kita dapat menghadapai dengan lebih tabah sesuatu perkara tersebut.
Wednesday, June 6, 2012
mekanik
mereka buka kedai pagi-pagi,kadang-kadang da ada orang tunggu nak tukar tiub,tapi mereka tetap senyum, mereka juga layan kanak-kanak baiki basikal, ada juga budak nak letak kepala rxz kat basikal,mereka juga layan, mereka juga layan orang tua, baiki moto nak pergi masjid,kebun,pasar dan sebagainya, mereka juga sebahagian daripada masyarakat.
Sunday, June 3, 2012
pak cik
kita yang bernasib baik ni seharusmya menolong dan terus memerhati bagi orang yang memerlukan. tolong tak semestinya guna duit.
mereka
saya cuba untuk snap potrait yang lagi fresh n mencerminkan kehidupan kita seharian. mereka ini salah satu dari bahgian masyarakat yang menjadi kegemaran saya.
Sunday, May 27, 2012
fatin
setelah sekian lama tak amik potrait sekarang ada peluang lagi,tolong komen ya. dan sekarang juga baru saya tahu kenapa orang guna 50mm untuk potrait.oh tak lupa juga,gadis ni nama fatin.
Tuesday, May 22, 2012
bunga kayangan
saya kalau boleh nak kutip semua jenis bunga di dunia ini untuk orang-orang tercinta dalam hidup yang singkat ni
Monday, May 21, 2012
Sunday, May 20, 2012
Saturday, May 19, 2012
terbalik
selalunya kita dengar peribahasa atau perspektif yang buruk kepada daun keladi sebagai contoh bagai mencurah air ke daun keladi maknanya tak dengar cakap tapi kalau kita lihat air kat daun keladi ni memang air ni macam tak masuk dengan daun keladi dan cuba jadi. apa kata kalau kita anggap daun keladi ni sebagai diri kita dan air tu sebagai unsur luar. dapat dilihat disini daun keladi tu tidak menerima air tu dan menolak air tu jadi. jadi sama macam diri kita ni,kita perlu lah menolak unsur luar dari memperngaruhi diri kita, tak kira lah dari segi apa. jadi lah diri kita sendiri dengan hidup lah dengan perspektif diri kita sendiri.
Tuesday, May 15, 2012
mana matang mu
kematangan ku belum lagi terbit seperti teratai yang belum mekar,
penyelesaian masalah diriku belum matang
pemikiran ku belum juga matang
refleksiku juga begitu
pengawalan tekanan masih tidak mekar
segala aspek ku belum matang
ajar lah aku dunia,
ajarlah aku mematangkan diri ku,
saluti lah hati ku dengan iman
pelengkapkan lah diriku dengan kekuatan rohani
itu yang aku perlukan
harapanku besar sekali melihat diriku matang
begitu juga dengan teratai itu.
Monday, May 14, 2012
pasar karat katanya
basikal berada di pasar karat lebuh acheh. basikal si uncle penjual ais krim. saya cuba mencari perspektif baru dalam gambar saya tapi masih belum jumpa. dan saya akan tunjuk pada anda semua progres pencarian saya ini dari masa ke semasa. saya perlukan komen anda dalam proses pencarian ini
Monday, May 7, 2012
saya sayang tahun 90an
saya rasa lah, media paling jujur masa zaman 90an sebab propaganda yang disiarkan masa tu sangat jujur.walaupun saya masih tak faham situasi yang berlaku masa tu, melalui perspektif di kampung saya, kita semua ni malaysian. iklan yang disiarkan pada masa tu sangat dekat di hati pengguna, kempen-kempen kerajaan melalui filem negara juga sangat jujur.melambangkan malaysian yang sebenar berbanding sekarang.kita tolak politik dalam hal ni.
Friday, May 4, 2012
sekolah dulu
dulu masa sekolah kita tak nak pakai kasut bata,kenapa, sebab malu la.
kita juga tak mahu pakai kasut jazz star, kenapa, sebab kawan pakai converse
tapi bagi yang tak demand, mereka suka, kenapa, sebab kasut baru,
konklusi dia, semua kasut yang kita pakai masa sekolah dulu kena basuh,
kalau tak basuh sama jea orang cakap pengotor.
Subscribe to:
Posts (Atom)