Sunday, May 27, 2012

fatin


setelah sekian lama tak amik potrait sekarang ada peluang lagi,tolong komen ya. dan sekarang juga baru saya tahu kenapa orang guna 50mm untuk potrait.oh tak lupa juga,gadis ni nama fatin.

Tuesday, May 22, 2012

bunga kayangan


saya kalau boleh nak kutip semua jenis bunga di dunia ini untuk orang-orang tercinta dalam hidup yang singkat ni

Sunday, May 20, 2012

Saturday, May 19, 2012

terbalik


selalunya kita dengar peribahasa atau perspektif yang buruk kepada daun keladi sebagai contoh bagai mencurah air ke daun keladi maknanya  tak dengar cakap tapi kalau kita lihat air kat daun keladi ni memang air ni macam tak masuk dengan daun keladi dan cuba jadi. apa kata kalau kita anggap daun keladi ni sebagai diri kita dan air tu sebagai unsur luar. dapat dilihat disini daun keladi tu tidak menerima air tu dan menolak air tu jadi. jadi sama macam diri kita ni,kita perlu lah menolak unsur luar dari memperngaruhi diri kita, tak kira lah dari segi apa. jadi lah diri kita sendiri dengan hidup lah dengan perspektif diri kita sendiri.

Tuesday, May 15, 2012

mana matang mu


kematangan ku belum lagi terbit seperti teratai yang belum mekar,
penyelesaian masalah diriku belum matang
pemikiran ku belum juga matang
refleksiku juga begitu
pengawalan tekanan masih tidak mekar
segala aspek ku belum matang
ajar lah aku dunia,
ajarlah aku mematangkan diri ku,
saluti lah hati ku dengan iman
pelengkapkan lah diriku dengan kekuatan rohani
itu yang aku perlukan
harapanku besar sekali melihat diriku matang
begitu juga dengan teratai itu.

Monday, May 14, 2012

pasar karat katanya


basikal berada di pasar karat lebuh acheh. basikal si uncle penjual ais krim. saya cuba mencari perspektif baru dalam gambar saya tapi masih belum jumpa. dan saya akan tunjuk pada anda semua progres pencarian saya ini dari masa ke semasa. saya perlukan komen anda dalam proses pencarian ini

Monday, May 7, 2012

saya sayang tahun 90an


saya rasa lah, media paling jujur masa zaman 90an sebab propaganda yang disiarkan masa tu sangat jujur.walaupun saya masih tak faham situasi yang berlaku masa tu, melalui perspektif di kampung saya, kita semua ni malaysian. iklan yang disiarkan pada masa tu sangat dekat di hati pengguna, kempen-kempen kerajaan melalui filem negara juga sangat jujur.melambangkan malaysian yang sebenar berbanding sekarang.kita tolak politik dalam hal ni.

Friday, May 4, 2012

sekolah dulu


dulu masa sekolah kita tak nak pakai kasut bata,kenapa, sebab malu la.
kita juga tak mahu pakai kasut jazz star, kenapa, sebab kawan pakai converse
tapi bagi yang tak demand, mereka suka, kenapa, sebab kasut baru,
konklusi dia, semua kasut yang kita pakai masa sekolah dulu kena basuh,
kalau tak basuh sama jea orang cakap pengotor.

Wednesday, May 2, 2012

big jet plane


Gonna hold you, gonna kiss you in my arms
Gonna take you away from harm


Be my lover, my lady river
But can I take you, take you higher?

Gonna take her for a ride on a big jet plane



Tuesday, May 1, 2012

awan itu awak


kami suka tengok awan
dan hari ni si dia bertanya
kenapa awak suka awan?
saya jawab
saya suka awan kerana awan itu awak
sebab awak seindah awan
dia pun jawab
saya macam awan erk?
yup
dia jawab
sebab saya kejap-kejap hilang kejap-kejap mendung eh
saya jawab
bukan macam tu awak
awak macam awan sebab...
bila saya panas, awan teduhkan tempat saya duduk,
bila saya kering, awan turunkan hujan,
bila saya berpeluh, awan berikan angin yang nyaman,
bila saya bermasalah, awan sedia mendengar,
bila saya gembira juga, awan juga meraikan,
itulah awak,
si awan pelengkap hidup saya
tempat hati saya berada
tempat cinta kita bersemi
hanya di hati awak.