Saturday, December 31, 2011

frust


malam tahun baru apa yang biasa orang buat? pg situ,kuar ngan gugurl,makan,minum tapi aku????

duduk depan pc sambil edit2 gamabr.hahahaha..bestnyer..... ni lah jadi hasil..tapi ni bukan aku yang edit tapi ammar n emran yang buat..aku pandai cakap jea.hahahah

aku benci bunyi firework malam tahun baru.benci ok.rakusnya aku benci.hahaha

future photographer





menjadi photographer bukan berdasarkan gadjet sebenarnya,mungkin gadjet tu satu lesen untuk menjadi photographer tapi yang penting orang dibelakang gadjet tu,jangan fikir menjadi photographer tidak memerlukan daya kreativiti kerana ianya perlu. selain itu,semangat untuk belajar dan minat perlu ada supaya...urm,orang panggil ape erk...pasion rasanya.jadi pasion tu perlu ada tanpa halangan dan sekatan.

selain itu, jangan harapkan ilmu dan skill tu datang sekelip mata kecuali teh special one yang ada. tapi xsemuanya the special one kan,jadi peraan ingin tahu tu mestilah ada. setakat sangkut kamera dslr ke ape ke kat leher xmnjadi kan anda photographer. itu trend namanya,memang ramai orang guna dslr bagus untuk industri photography ni tapi berapa kerat yang sanggup bermatian-matian unutk ambil gambar.???

oh lupa pula,gamabr diatas adalah gamabr ihsan dari kelab fotografi usm. dan ada quote sedikit.haha

"camera kompak ke DSLR ke...smua gmbr leh di edit dengan kualiti yang sama, asal tau guna...hahaha, cuma camera DSLR beri lebih banyak kelebihan dan versatility utk dapatkan gambar yang menarik tanpa perlu post-processing seperti camera kompak"

"fotografi tanpa halangan yang penting semangat dan ketaqwaan untk ambik gambar.xperlu risau lagi lepas ni..xde dslr pun boleh jadi photographer..minat jea perlu"



see ya.jumpa tahundepan....

Friday, December 30, 2011

Photography Club of USM

Post kali sedikit macam promosi lah, sejak setahu setengah yang lalu,saya telah join 1 kelab yang amat saya suka iaitu kelab fotografi, kerana saya suka sangat fotografi tapi saya xada basic fotografi yang saya ada cuma gadjet jea, tpi xthu guna. lepas tu saya mengharapkan adalah kelab macam ni kat sini tapi pada awalnya xada, lepas tu adalah sinar harapan sikit sebab dierang buka booth untuk pendaftaran ahli kelab n saya pun join dengan zero knowledge. lepas tu banyak yang saya belajar, walaupun amik masa yang lama unutk faham kerana pembelajaran tidak lah formal tapi hasilnya saya faham lah tentang fotografi.

sekarang telah masuk akhir sem 3 saya disini dan saya telah bersma kelab ni selama 3 sem, sem 3 ni juga membawa satu kejutan bagiku,kerana menjadi ahli yang aktif dalam kelab ni, sebelum tu nak mintak maaf dengan abang ydp,abang nydp,kakak s/u,kakak s/u kerja, kakak bendahari sebab tulis yang buakn2 pasal kelab ni.haha..tidak ketinggaln juga dengan abang penasihat..haha

apa2 pun korang boleh join kelab ni dan join group dengan klik sini Kelab Fotografi USM .
anda boleh share gambar anda disitu dan akan berlakulah sesi komen mengomen dan anda juga boleh komen hasil orang lain unutk tujuan meningkatkan ilmu fotografi masing2.

saya suka kelab ni,anda bila lagi.
                                                                                                                            ajk promosi
                                                                                                                                 kimi

Thursday, December 29, 2011

working class hero


lupakan kisah sedih ku, kita rungkai kisah sedih orang lain pula, pak cik ni,sudah tua tapi masih kayuh basikal unutk jual roti, mana anak-anak beliau? itu yang kita x tahu? tapi jangan terus melulu menuduh anak-anaknya abaikan nya, mungkin ini minat pak cik ini? mungkin juga unutk hilangkan rasa bosan kat rumah? pelbaagai andaian yang mampu kita ungkapkan unutk pakcik ini. tapi kebanyakan akan menunding jari kepada anak-anak dulu. orang menunding itu tidak semestinya baik or perfect, mereka juga mungkin pernah menderhaka..itu mentaliti rakyat kita. begitu juga bila dikaitkan dengan politik, mahsiswa buat provokasi, jadi mahasiswa lah yang perlu melatah. bukannya ahli politik yang belajar xsempat sampai spm yang kononnya menegakan harapan bangsa tapi mereka lah yang merosakan keharmonian bangsa. bosan dengan ego,fitnah,lakonan berprofile tinggi, aku lebih suka ambil gambar dan terus memerhati gelagak golongan ini,semua parti dengan perangai sama. ambik gambar xde politik kan,??? better ambik gambar lepas tu belajar, berusaha jadi matang dan rasional baru lah jadi ahli politik yea kengkawan.

Tuesday, December 27, 2011

jangan ditanya aku



jangan ditanya aku
ini bunga apa
kerana 
tidak aku ketahuinya

jangan ditanya aku
apa itu realiti
kerana
aku rasa semua ini ilusi

jangan ditanya aku
ilusi itu apa
kerana
hanya hati aku yang tahu

jangan ditanya aku
apa ada dalam hati ku
kerana
aku kadang2 keliru antara ilusi dan realiti

jangan ditanya aku
kenapa keliru
kerana
ianya sangat pedih

jangan ditanya aku
apa itu pedih
kerana
pedih itu RINDU.






Monday, December 26, 2011

Sunday, December 25, 2011

satu perasaan yang tak akan padam


aku punyai perasaan cinta,
perasaan ini aku xthu kenapa xpernah luntur,
aku jugak xketahui kenapa semakin mendalam,
ketahuilah juga perasaan ini xakan menduakan mu.

kdangkala ku fikir bukan-bukan
itu kerana kasih sayang
bimbang dengan ancaman
bimbang ada hati lain yang menyambar mu

yang aku tahu,
hatiku xpernah menipu,
hati aku jgak xpernah gatal
hati ini jugak telah mengunci dirimu dalam sangkar hati ku

ianya satu perasaan yang tak akan padam
ianya perasaan cinta aku kepada mu.

Thursday, December 22, 2011

aku rasa bukit gambir



aku rasa ni bukit gamabir tapi xthulah aku..gamabr ni diambil selepas hujan lebat2..hujan rintik2,air begelora,emak bagi seposen ,ayah bg seposen,saya pun terus kesekolah...cikgu tanya enam tamabh enam,saya jawab 12,cikgu kata betol,dan terus right saya..saya pun teeeeerus senyum..

nama dia natt


terus berkarya tanpa batasan..

Wednesday, December 21, 2011

saya suka semua yang hijau



gambar memang bt aku tenang seribu bahasa...gamabr jugak menunjukan keindahan...gamabar lagi bermakna dari gamabr begerak kerana kita kan memerhati seluruh pelusuk gambar itu untuk mendalami makna tersirat tersurat...gambar jugak mengukuhkan lagi cinta ku pada mu

Tuesday, December 20, 2011

kita bukan paling teruk


kadang-kadang hidup kita banayk masalah dan tanpa kita sedari kita menyalahkan orang lain tapi diharapkan kita sedar abhawa ada orang yang lebih tidak bernasib baik dari kita kerana bumi ni luas,popilasi manusia pun banyak.tengok anak ini,walaupun comel tapi kita xboleh menduga apa yang akan jadi dengan anak ini kerana kerakusan kita sekrang..aku sedar dan positive dalam hati buat aku bertahan kerana semua maslah ada solusi...aku rasa semua benda ada jiwa termasuk lah kita....jiwa pelengkap hidup, capailah moksha anda untuk ketenangan dengan cara masing2..:)

Sunday, December 18, 2011

kenapa aku panjat bukit



kenapa aku daki bukit? sbb aku ingt daki bukit boleh segala gundah gulana dihati..tpi tidak...sayangkan.

ku harap gundah gulana ku ini hilang...next week aku harap bukit larut menjadi peneman aku dri kesepian.

aku dan rokok



maaflah kalau entry kali ni macam haram...aku cuma nak berluah perasaan kerana xada tempat aku nak luahkan.semua orang ingt aku happy tanpa masalah tapi aku happy dengan sangt banyak masalah.hanya tuhan tahu apa masalah aku,aku cuma penat dengan penipuan,aku penat dengn harapan,aku penat dengn segalanya,aku tahu kau gembira disana,aku tahu,aku pun rasa aku xdiperlukan,.aku tahu dan aku tahu.tempat aku paling senang bercerita ialah disini dan sekotak benda yang korang labelkan bahaya.mereka xboleh bercakap tapi mereka buat aku lupakan seketika masalah aku. semua orang benci rokok,dalam diri aku pun benci tapi rokok yang teman aku.aku pegi daki bukit pun dia teman,aku sampai puncak pun dia masih teman aku dan aku mengatakn rasa puas aku mendaki kepada rokok yang korang cakap bahaya.adakah aku gila,gila seribu bahasa? xkan korang kata gila bila berada ditempatku. rokok aku xley begembira dengn orang lain....itu saja aku tahu...

Tuesday, December 6, 2011

ketenangan itu bukan milik aku



hari ini sedikit tenang walaupun xsetenang air parit diats,masih boleh berfikir dan bertenang agar semua kerjaku selesai dan masih boleh berdiri sendiri.terlau kuat dugaan Mu tapi akan ku lalui dengan tabah sesungguhnya aku ini seorang hamba yang lemah dan xterdaya dan xmungkin pula Tuhan memberi aku dugaan yang aku sendiri xmampu aku lalui dan tempuhi,mungkin ada jalaqn yang akan muncul selepas ini,mungkin aku akan bertemu sesuatu yang aku sendiri xsangka.mana tahu kerana itu adalah rahsiaNya yang kekal.apa yang aku perlu sekrang ialah berdepan dugaan ini tanpa merungut dan melindunginya dengn senyuman yang akan menyorokan isi hatiku ini dan tanpa disedari senyuman ku itu disertai air mata yang xthu mana datangnya...ku harap hatiku tenang setenang air parit di atas walaupun parit tapi sentiasa tenang dan terus membantu manusia walaupun manusia-manusia ini bertindak rakus mencemarkan sungai2,parit2 yang menyebabkan sungai2 dan parit2 ini sakit tapi mereka masih tenang...janagn lah kita jaga hati manusia sahaja,jaga lah alam sekitar kerana percaya lah mereka juga punyai jiwa.:)