Saturday, December 31, 2011

frust


malam tahun baru apa yang biasa orang buat? pg situ,kuar ngan gugurl,makan,minum tapi aku????

duduk depan pc sambil edit2 gamabr.hahahaha..bestnyer..... ni lah jadi hasil..tapi ni bukan aku yang edit tapi ammar n emran yang buat..aku pandai cakap jea.hahahah

aku benci bunyi firework malam tahun baru.benci ok.rakusnya aku benci.hahaha

future photographer





menjadi photographer bukan berdasarkan gadjet sebenarnya,mungkin gadjet tu satu lesen untuk menjadi photographer tapi yang penting orang dibelakang gadjet tu,jangan fikir menjadi photographer tidak memerlukan daya kreativiti kerana ianya perlu. selain itu,semangat untuk belajar dan minat perlu ada supaya...urm,orang panggil ape erk...pasion rasanya.jadi pasion tu perlu ada tanpa halangan dan sekatan.

selain itu, jangan harapkan ilmu dan skill tu datang sekelip mata kecuali teh special one yang ada. tapi xsemuanya the special one kan,jadi peraan ingin tahu tu mestilah ada. setakat sangkut kamera dslr ke ape ke kat leher xmnjadi kan anda photographer. itu trend namanya,memang ramai orang guna dslr bagus untuk industri photography ni tapi berapa kerat yang sanggup bermatian-matian unutk ambil gambar.???

oh lupa pula,gamabr diatas adalah gamabr ihsan dari kelab fotografi usm. dan ada quote sedikit.haha

"camera kompak ke DSLR ke...smua gmbr leh di edit dengan kualiti yang sama, asal tau guna...hahaha, cuma camera DSLR beri lebih banyak kelebihan dan versatility utk dapatkan gambar yang menarik tanpa perlu post-processing seperti camera kompak"

"fotografi tanpa halangan yang penting semangat dan ketaqwaan untk ambik gambar.xperlu risau lagi lepas ni..xde dslr pun boleh jadi photographer..minat jea perlu"



see ya.jumpa tahundepan....

Friday, December 30, 2011

Photography Club of USM

Post kali sedikit macam promosi lah, sejak setahu setengah yang lalu,saya telah join 1 kelab yang amat saya suka iaitu kelab fotografi, kerana saya suka sangat fotografi tapi saya xada basic fotografi yang saya ada cuma gadjet jea, tpi xthu guna. lepas tu saya mengharapkan adalah kelab macam ni kat sini tapi pada awalnya xada, lepas tu adalah sinar harapan sikit sebab dierang buka booth untuk pendaftaran ahli kelab n saya pun join dengan zero knowledge. lepas tu banyak yang saya belajar, walaupun amik masa yang lama unutk faham kerana pembelajaran tidak lah formal tapi hasilnya saya faham lah tentang fotografi.

sekarang telah masuk akhir sem 3 saya disini dan saya telah bersma kelab ni selama 3 sem, sem 3 ni juga membawa satu kejutan bagiku,kerana menjadi ahli yang aktif dalam kelab ni, sebelum tu nak mintak maaf dengan abang ydp,abang nydp,kakak s/u,kakak s/u kerja, kakak bendahari sebab tulis yang buakn2 pasal kelab ni.haha..tidak ketinggaln juga dengan abang penasihat..haha

apa2 pun korang boleh join kelab ni dan join group dengan klik sini Kelab Fotografi USM .
anda boleh share gambar anda disitu dan akan berlakulah sesi komen mengomen dan anda juga boleh komen hasil orang lain unutk tujuan meningkatkan ilmu fotografi masing2.

saya suka kelab ni,anda bila lagi.
                                                                                                                            ajk promosi
                                                                                                                                 kimi

Thursday, December 29, 2011

working class hero


lupakan kisah sedih ku, kita rungkai kisah sedih orang lain pula, pak cik ni,sudah tua tapi masih kayuh basikal unutk jual roti, mana anak-anak beliau? itu yang kita x tahu? tapi jangan terus melulu menuduh anak-anaknya abaikan nya, mungkin ini minat pak cik ini? mungkin juga unutk hilangkan rasa bosan kat rumah? pelbaagai andaian yang mampu kita ungkapkan unutk pakcik ini. tapi kebanyakan akan menunding jari kepada anak-anak dulu. orang menunding itu tidak semestinya baik or perfect, mereka juga mungkin pernah menderhaka..itu mentaliti rakyat kita. begitu juga bila dikaitkan dengan politik, mahsiswa buat provokasi, jadi mahasiswa lah yang perlu melatah. bukannya ahli politik yang belajar xsempat sampai spm yang kononnya menegakan harapan bangsa tapi mereka lah yang merosakan keharmonian bangsa. bosan dengan ego,fitnah,lakonan berprofile tinggi, aku lebih suka ambil gambar dan terus memerhati gelagak golongan ini,semua parti dengan perangai sama. ambik gambar xde politik kan,??? better ambik gambar lepas tu belajar, berusaha jadi matang dan rasional baru lah jadi ahli politik yea kengkawan.

Tuesday, December 27, 2011

jangan ditanya aku



jangan ditanya aku
ini bunga apa
kerana 
tidak aku ketahuinya

jangan ditanya aku
apa itu realiti
kerana
aku rasa semua ini ilusi

jangan ditanya aku
ilusi itu apa
kerana
hanya hati aku yang tahu

jangan ditanya aku
apa ada dalam hati ku
kerana
aku kadang2 keliru antara ilusi dan realiti

jangan ditanya aku
kenapa keliru
kerana
ianya sangat pedih

jangan ditanya aku
apa itu pedih
kerana
pedih itu RINDU.






Monday, December 26, 2011

Sunday, December 25, 2011

satu perasaan yang tak akan padam


aku punyai perasaan cinta,
perasaan ini aku xthu kenapa xpernah luntur,
aku jugak xketahui kenapa semakin mendalam,
ketahuilah juga perasaan ini xakan menduakan mu.

kdangkala ku fikir bukan-bukan
itu kerana kasih sayang
bimbang dengan ancaman
bimbang ada hati lain yang menyambar mu

yang aku tahu,
hatiku xpernah menipu,
hati aku jgak xpernah gatal
hati ini jugak telah mengunci dirimu dalam sangkar hati ku

ianya satu perasaan yang tak akan padam
ianya perasaan cinta aku kepada mu.

Thursday, December 22, 2011

aku rasa bukit gambir



aku rasa ni bukit gamabir tapi xthulah aku..gamabr ni diambil selepas hujan lebat2..hujan rintik2,air begelora,emak bagi seposen ,ayah bg seposen,saya pun terus kesekolah...cikgu tanya enam tamabh enam,saya jawab 12,cikgu kata betol,dan terus right saya..saya pun teeeeerus senyum..

nama dia natt


terus berkarya tanpa batasan..

Wednesday, December 21, 2011

saya suka semua yang hijau



gambar memang bt aku tenang seribu bahasa...gamabr jugak menunjukan keindahan...gamabar lagi bermakna dari gamabr begerak kerana kita kan memerhati seluruh pelusuk gambar itu untuk mendalami makna tersirat tersurat...gambar jugak mengukuhkan lagi cinta ku pada mu

Tuesday, December 20, 2011

kita bukan paling teruk


kadang-kadang hidup kita banayk masalah dan tanpa kita sedari kita menyalahkan orang lain tapi diharapkan kita sedar abhawa ada orang yang lebih tidak bernasib baik dari kita kerana bumi ni luas,popilasi manusia pun banyak.tengok anak ini,walaupun comel tapi kita xboleh menduga apa yang akan jadi dengan anak ini kerana kerakusan kita sekrang..aku sedar dan positive dalam hati buat aku bertahan kerana semua maslah ada solusi...aku rasa semua benda ada jiwa termasuk lah kita....jiwa pelengkap hidup, capailah moksha anda untuk ketenangan dengan cara masing2..:)

Sunday, December 18, 2011

kenapa aku panjat bukit



kenapa aku daki bukit? sbb aku ingt daki bukit boleh segala gundah gulana dihati..tpi tidak...sayangkan.

ku harap gundah gulana ku ini hilang...next week aku harap bukit larut menjadi peneman aku dri kesepian.

aku dan rokok



maaflah kalau entry kali ni macam haram...aku cuma nak berluah perasaan kerana xada tempat aku nak luahkan.semua orang ingt aku happy tanpa masalah tapi aku happy dengan sangt banyak masalah.hanya tuhan tahu apa masalah aku,aku cuma penat dengan penipuan,aku penat dengn harapan,aku penat dengn segalanya,aku tahu kau gembira disana,aku tahu,aku pun rasa aku xdiperlukan,.aku tahu dan aku tahu.tempat aku paling senang bercerita ialah disini dan sekotak benda yang korang labelkan bahaya.mereka xboleh bercakap tapi mereka buat aku lupakan seketika masalah aku. semua orang benci rokok,dalam diri aku pun benci tapi rokok yang teman aku.aku pegi daki bukit pun dia teman,aku sampai puncak pun dia masih teman aku dan aku mengatakn rasa puas aku mendaki kepada rokok yang korang cakap bahaya.adakah aku gila,gila seribu bahasa? xkan korang kata gila bila berada ditempatku. rokok aku xley begembira dengn orang lain....itu saja aku tahu...

Tuesday, December 6, 2011

ketenangan itu bukan milik aku



hari ini sedikit tenang walaupun xsetenang air parit diats,masih boleh berfikir dan bertenang agar semua kerjaku selesai dan masih boleh berdiri sendiri.terlau kuat dugaan Mu tapi akan ku lalui dengan tabah sesungguhnya aku ini seorang hamba yang lemah dan xterdaya dan xmungkin pula Tuhan memberi aku dugaan yang aku sendiri xmampu aku lalui dan tempuhi,mungkin ada jalaqn yang akan muncul selepas ini,mungkin aku akan bertemu sesuatu yang aku sendiri xsangka.mana tahu kerana itu adalah rahsiaNya yang kekal.apa yang aku perlu sekrang ialah berdepan dugaan ini tanpa merungut dan melindunginya dengn senyuman yang akan menyorokan isi hatiku ini dan tanpa disedari senyuman ku itu disertai air mata yang xthu mana datangnya...ku harap hatiku tenang setenang air parit di atas walaupun parit tapi sentiasa tenang dan terus membantu manusia walaupun manusia-manusia ini bertindak rakus mencemarkan sungai2,parit2 yang menyebabkan sungai2 dan parit2 ini sakit tapi mereka masih tenang...janagn lah kita jaga hati manusia sahaja,jaga lah alam sekitar kerana percaya lah mereka juga punyai jiwa.:)

Sunday, November 27, 2011

kayuhan pembuka rezeki



setiap pekara mesti dibuka dengan langkah pertama,begitu jugak dngn basikal...kehidupn bermula dngn kayuhan pertama..

Thursday, November 24, 2011

fallen angel

  
dulu2..menara ni memang gah semasa mngecapi populariti nya sekarang ianya hanya satu tempt perniagaan yang lama dan tidak mndapt perhatian tapi otai2 masih bertapak disini kerana suasananya yang klasik lagi vintage..tidak terdpt dimna2 negeri. dulu2 jugak ianya mnjadi tumpuan warga negeri unutk membeli belah tapi sekarng masih lagi mnjadi tumpuan tapi unutk sebahagian barang sahaja..begitu jugak dngn manusia,jngan lah kita angkuh dngn kegemilangn kita pada waktu skrang kerana ianya pasti hilang suatu hari nanti..takde yang gemilang dan terus gemilang selamanya..jngn angkuh dngn kuasa yang ada kelak ianya akan diragut oleh orng yng lebih menepati citarsa pada waktu tersebut..begitu lah Fallen Angel...like a fallen angel..

mencari pintu dalam gelap



kadang kala hidup kita ni mudah sesat dngn pelbagai dugaan yang sering melanda diri...kita di ibarat mencari pintu dalam gelap bila sudah jauh terpesong kerana mata hati kita sudah dikaburi dengn pelbagai sandiwara dan ancaman kepada hidup kita seharian yang menyebabkan kita sering lalai dengan pelbagai dugaan.xkurang juga yang terperangkap dalam ilusi maya diri sendiri yang menyebabkan sesat akibat hati yang mula hitam dan gelap dengan perasaan hasad dengki dan takabur dengn hidup.jadi kita perlukan nur atau pentunjuk dari sesuatu yang maha berkuasa agak memberi kita petunjuk seperti ibu bapa kita menasihati kita bila mereka rasa kita salah.jadi jngan kita halang petunjuk yang ingin dihulurkan dalam diri kita dan jangn pula nur itu ditenggelami dengn kehitaman dan kegelapan hati yang semestinya akan menyesatkan kita lgi..cari lah pintu ke jalan yang lebih baik walaupun gelap dan susah mncarinya..xsalah berusahakan??

Wednesday, November 16, 2011



hari ni nak letak gambar silau..kenapa silau..sebb gambar ni silau..setiap hari,bila bediri di school aku..aku akan terkena silau yang aku maksud kan ini..sangt silau..sampai mata2 bersilau..begitu juga bila aku berjalan masa matahari tengah silau,sangt silau bila aku berjalan seorang diri, aku menidakan diri unutk mengunakan alat penghalang silau seperti payung kerana aku rasa lelaki sejati xpakai payung untuk menghalang silau..begitu juga kacamata hitam,bukan untuk menjadi mata-mata tapi untuk menghalang silau tapi aku menidakan juga unutk mengelak mata-mata silau orang yang berperasangka sinis terhadap aku.aku benci mata-mata silau tersebut tapi silau matahari lagi silau dari yang ku sangka.hahaha

Tuesday, November 15, 2011

lampu gantung orang


 orang kayu itu ibarat aku, kalau bukan ibarat aku,ibarat siapa lagi...hidup ku tergantung ibarat orang kayu tersebut tapi adakah anda tahu,hidup ku tergantung dan terumbang ambing,tapi ada cahaya yang selalu menerangi hidup ku.orang tua2 cakap ini adalah pertolongan tuhan unutk hambanya,tapi ku rasa hidup ku masih lagi tidak bersyukur,kadang kala ku leka dengan mainan dunia yang bersandiwara dengan megah nya dengan pelbagai corak lakonan yang memukau pandangan mata dan mengaburi pancainderaku unutk menidakan hati ku yang meronta2. aku hanya pelakon tambahan yang selalu mendapat watak kecil dalam sandiwara ini.dalam sudut kanan hati terbuku ucapan terima kasih kepada insan2 yang menerangi hidup ku walaupun aku berada dalam gelap.insan2 ini akan jaga ibarat tulang belakang ku yang teguh berada dimana aku berada. ku harap tali yang mengantungi aku itu rapuh dan putus bagi aku berdiri dngn tapak kakiku yang kering ini..:)

Saturday, November 12, 2011

moment : from klcc eyes




setiap kali aku update blog,setiap kali tu aku rindukan kehidupan aku yang simple tanpa masalah.tapi xbermaknalah hidup tanpa masalah dan pancaroba.aku mahu kalian tahu yang aku ini hanya seorang pelakon di dunia ciptaan tuhan ini untuk ku mendapatkan gaji atau upah yang lumayan yang dikenali sebgai pahala dan tak mahu pula aku mendapat potongan gaji yakni dosa yang akan menjejaskan imej ku dihadapan producer atau syarikat produksi aku yakni tuhan. ku ingin buktikan yang aku ini adalah pelakon yang terbaik yakni hamba tuhan yang layak untuk mendapat anugerah dan hidup mewah yakni syurga bukannya pelakon yang dicemuh dan tidak mendapat ganjaran yang sepatutnya yakni neraka.ku ibaratkan diriku ini sebagai pelakon yang baru berjinak2 dalam industri seni yakni kehidupan yang dianugerahkan oleh tuhan..

Sunday, October 9, 2011

gambar overseas pertama

hidup bagaikan rama-rama

hello semua,:)

rama2 boleh dikategorikan sebagai serangga (betol ke ni),sebelum terbnetuk nya sayap yang cantik,terbang kedana kemari, mempersonakan semua orang,rama2 tersebut melalui hidup yang sukar unutk mencari makan, lari dari pemangsa,disepak oleh bdk2,dibuat permainan oleh kanak2 dan sebagainya..

selepas mnjadi rama2,ia memnarik perhatian orang ramai dan jugak manusia yang sukakan kecantik dan menolak ketepi perkara yang jelik dipndangn mereka.inilah manusia (sebahgian sahaja)

begitulah jugak hidup manusia, dari bayi,kank2 kecil,kanak besar,remaja,dewasa dan tua...bezanya dengan rama2 ialah manusia dijaga oleh ibu bapa mereka tetapi ada segelintir daripada manusia masih lg mengabaikan mak bapak mereka bila da besar. derhaka dan terus derhaka cerita yang kita dengar setiap hari, biarlah mereka jahat ke baik ke,mereka da besarkan kamu2 semua..besyukur lah kamu-kamu semua.








alamak,gmbar xsharp..sori

Monday, October 3, 2011

moment :: saya suka potret

alo2, bru dapt update blog..bz dngn jadual yng sngt pack.tapi nasib baik join ko-k.dapt jgk amik2 gmbr.huhuhu...saya rasa saya suka gambr potret..tolong ajar saya!!!




Tuesday, September 27, 2011

boleh kategori POTRET tak?



sebagai selingan nak buat esemen prof ramli,esei dan macam2 lagi,nak tunjuk sedikit gambar lah,buka sedikit satu jea ..hahahaha....ok ke potret mcam ni?

Sunday, September 18, 2011

moment :: KAWAN=FRIENDS=SAHABAT=FAMILI

my d90 first snap























alo2,da lama da xupdate blog.modal opening yang sama jea.hahaha.

ha!! blog ni da ada gmbar balik selepas beberapa bulan xada gambar.

gambar ini diambil pada waktu subuh selepas sampainya baby baru saya..oh yeah!! baby baru

tapi hari ni sebenarnya saya nak tulis pasal persahabatan..:(

dulu masa kecik2 saya selalu kondem apabila lihat orang dewasa begaduh,xthu sbb ape tngok2 gaduh,bagi saya semua tu mengarut,bergaduh pasal duit,harta dan sebagainya

tapi sekrang sata sedikit sebanyak da merasai ape yang orang dewasa yang saya anggap xde adab dulu begaduh..

saya rasa sangt bodoh apabila ada yang bergaduh sebab wang yang xthu mana pucuk pangkalnya,

paling biasa bagi remaja sekrang begaduh sebab berebut kekasih, saya xthu kenapa adanya pergaduhan mcam ni

lepas tu begaduh sebab xpuas ati yang xthu ape2,dari mana datangnya  xpuas ati pun saya xthu,

then ada pula yang terlalu stres hingga kan semua kawan2 di kondemnya,xnak dngr nasihat pula tu


kawan2,tolong lah berbaik2 balik,saya merayu.xkira lah kawan saya ke,kawan orang lain ke,dan ape2 yang nama kawan aja..

xnak lah ada konspirasi lagi,xperlu nak buat2 group,yang ini group y ni,yang tu group y tu.

dulu jumpa sama2 berhingus,skrng masing2 sama hal,xnak mcam tu yea KAWAN.

Thursday, September 1, 2011

feeling :: raya dan merdeka

hari raya
merdeka
hari raya
merdeka

tahun ni kita sambut 2-2 sekali..hehehe
melihat rakyat kita gembira
menyambut hari raya dan merdeka

disebalik
hari raya
merdeka
ini

pernah kah kita terfikir

insan yang xmampu membeli kelengkapan raya
insan yang menyatkan dirinya merdeka tapi hakikatnya tidak
insan yang tiada keluarga untuk dikongsikan hari rayanya
insan yang menyambut merdeka tanpa motif
insan yang mersakan raya tidak ada makna
insan yang lupa akan asal usul dan dari mana datangnya merdeka itu

semua ini hanya segelintir

ku melihat pelbagai ragam
dihari raya dan merdeka tahun ini

melihat mekanik2 dengan tanpa rasa besalah menghisap rokok di hari terakhir puasa
melihat muslim bebaju melayu isap rokok sebelum solat jumaat di bulan ramadhan
melihat keluarga membeli peralatan raya dengn menaiki bas
melihat orang mencari rezeki di hari raya dengn menjual belon dan bersawah
melihat mak cik dan pakcik bercerita dan berkongsi facebook di hari raya
melihat sekeluarga menunggu bas dibawah terik matahari untuk beraya

merdeka kah kita

apabila tidak puasa
melupakan orang yang susah dari kita sedang kita berbelanja raya secara boros
tidak menunaikan zakat
tidak menunaikan solat 5waktu dihari raya
mencaci orang yang menjual barang2 kanak2 dipagi raya
tidak menumpangkan orang y memerlukan
melupakan tanggungjawab sebagai seorang anak dipagi raya

merdekah kita???
berhak kah kita menyambut hari raya???

berhak kah kita menyambut semua ini???
berhak kah???

Wednesday, August 24, 2011

moment :: syukur

hari ini,
pagi ini,
selepas bangun tido,
selepas mandi,
mood aku spoil..
rasanak marah,
sakit ati....
melihat kelibat orang tua beruniform biru y dahagakan duit,
beberpa minit kemudian,
hati aku sejuk bila tengok senyuman pagi yang dilemparkan oleh seorang yang bernama guard di tempat kerja.
kemudian,
aku melihat
seorang bapa membawa anaknya nya ke mall
semata2 unutk beli secawan mcflurry oreo
dengan motosikal
bahagianya aku tengok,
xkaya tapi bahagia,
xde masalah
kemudian
aku lihat sepasang kekasih,
seorang remaja membawa kekasihnya,
ke mall
hanya untuk beli sarung handset baru,
bahgianya aku tengok
kekasihnya sangt gembira dapt barang y kecik saja
xkaya tp gembira tnpa masalah
kemudian aku lihat seorang bapa bawa anaknya beli sayur,
sempt lagi bergurau2,
bahagianyha aku tengok
xkaya tapi bahgia
semua ini berlaku
hanya ditempat letak letak moto
semua y aku cakap berlaku ditempt letak motor
tempat letak motor
tempat letak motor

Tuesday, August 2, 2011

feeling :: saya rasa saya masih beruntung

da lama da xpost something kat blog ni..urm 

terima kasih kerana masih sudi baca blog y mcam xde info langsung ni,.hehehehe

kali ni nak cerita pasal kehidupn masyarakat di sekeliling saya yang saya dapt lihat apabila saya fikir yang saya ni orang paling teruk kat dunia ni yang dibebani dengn pelbagai masalah.

yang pertama,saya melihat seorang wanita muda yang setia menunggu pemandu bas yang sedang bertugas..pemandu tu mungkin suaminya,kekasihnya,atau sape2 lah.sape cakap yang driver bus ni xde class,tngok,bederet wanita2 muda yang menunggu tau..jadi sape2 yang rasa dierxde makwe,jadilah driver bus..huhuhu.


selepas tu saya lihat pula,suami isteri yang punyai anak kecil, naik bus..bagi sesetengh orang mungkin biasa,tapi bagi saya perkara ni xbiasa sebab,rakyat malaysia sekarang ni mesti ada sebijik kereta walaupun viva..yang kawin awl tu maybe naek moto..paling cikai lc kot.masih ada lagi insan yang susah dari kita..

selepas tu pula,saya terlihat seorang kanak-kanak yang istimewa sifatnya menemani emaknya balik kerja,maknya itu mungkin bekerja distesen minyak apabila di perhatikan pakaiannya..samabil2 tu mereka menuntun basikal buruk dengn keriangan di muka mereka..mungkin mereka dapat rezeki yang lebih pada hari tu..

saya juga ada terlihat seorang wanita muda menolong emaknya menolak trolley yang penuh dengan tong gas...melihat air muka mereka,memang trolley yang mereka tolak tu berat..  


yang paling sebak,saya melihat seorang ibu membawa anaknya mencari barang-barang terpakai di tong2 sampah..melihat anaknya gembira apabila menjumpai permainan yang terbuang itu..sambil melompat2 girang dengn berkaki ayam di kawasan tong sampah...  

apa yang saya nampak,keadaan2 seperti ni telah memberi kekuatan kepada saya untuk terus idup dan berdepn dengan masalah yang sering timbul setiap hari.jadi diharap kita sma2 lah menolong orang yang memerlukan bantuan kita yang berkemampuan ni..setakt itu aja untuk hari ni..  

 p/s: post kali ni xada gmbar..hhehehehe

Monday, July 18, 2011

moment :: bukit merah

alamak,da lama x update blog..kali ni nak update pasal cuti2 kali ni..

mula2 dari kota bharu pergi ipoh lepas tu pergi bukit merah lepas tu kuala kangsar lepas tu pergi penang

penat tu penat lah tapi best

macam biasalah,mesti ada gmabar kan

walaupun xcantk tapi gambar tu yang penting,huhuhuhuhu

mood :: sedih kena tinggal  nak ikut pg melbourne jugak!!!!!!!!!!












Monday, June 6, 2011

moment :: childhood memoirs

hehehehe....sekarang bru dapt update blog sebb new post buat hall

kali ni nak tunjuk makanan yang family aku marah kalau nak mkan masa kicik-kicik dulu

tapi aku beli juga

tapi beli dekat rumah kawan aku dulu kira 500 m dari aku,500 m tu da jauh tau bagi budak umur 5 tahun.kih3

sebab penjaja tu jual guna motor jadi kena kejar lah takut terlepas

sekrang dierang xlalu da depan2 rumah ni

dierngn jual dekat tepi2 pantai saja

bila ada kerja luar, apa lagi, ponteng lah kejap cari makanan yang memang2 xdpt kat bandar

ada orang xsuka mkan sebab kata kotor tapi aku rasa tak kot

tu taktik2 family xnak bagi  budak2 beli

lagi satu cakap penjual tu suka culik budak2

lagi satu cakap makanan tu da kena peluh penjual

bagi adik2 yang baca entry ni

tu semua tipu xnak bagi adik2 beli,kah3

tapi baik adik2 makan sayur, biar otak cargas sikit

bila da besar macam abang baru makan yea

kah3



Sunday, May 29, 2011

moment :: nak melancong

kali ni cuma nak share gambar yang aku suka tengok..banyak lagi nak share tapi rasa macam nak tunjuk yang ni jea .gambar ni buat aku rasa nak melancong..tunggulah nanti surat beranak aku siap...buat pasport..terus travel..(statement poyo kimi)..kah3..tapi nak pergi melb..huhuhuhu

apa2 pun aku nak amik gambar macam ni..



gambar ni diambil kat pantai Maho (Majo, rasanya nak sebut.)..St. Maarten

Friday, May 27, 2011

book :: looking for this!!!!


seriously aku tengah cari buku ni..sape2 boleh bgth mana nak dapt dengan harga yang murah....harga pasaran rm16-18..padahal da murah,nak murah lagi.kih3..

mood: tengah dengar lagu Yuna

Thursday, May 26, 2011

moment :: abc ice cream??

rasa nak update blog lagi,hehehe..kali ni ni nak citer sal makanan yang aku baru jumpa.hehehe.ice cream yang jual tepi2 jalan tapi berinovasi sikit..

hari ni macam biasa start kerja pkul 10,pukul 11.30 kena pergi tanah merah dan rantau panjang

samapai rasa panjang rasa nak makan ais krim dan ais krim tepi jalan pun aku tibai,

dulu2 ais krim jenis ni dier jual dengan basikal,lepas tu dengan kapcai buruk tapi paling xtahan orang jual ais krim  dengan 125z..dasat.."jeng palo ambo"..heheheheh

lepas tu jumpa ais krim ni, dalam ais krim ni ada jagung,kacang,pulut,roti dihirs halus, dan semestinya ais krim lah..

orang jual cakap,ais krim ni nama dia ABC AIS KRIM = RM 2 SECAWAN

seperti biasa xlengkap xde gambar kan..hehehehehe.

see ya..(sambil dengar lagu grey sky morning)

mood :xsabar tunggu 24.6




Tuesday, May 24, 2011

feeling :: at last!!!!!!!!!!!!

huhuhuhu......gembiranya sebab akhirnya aku dapat jugak miliki buku yang aku cari semenjak dua menjak ni..heheheheh..bestnyerr..nak baca dan duduk diam2...bestnyer.teka buke apa???





cepat teka buku apa...hehehehe......yea!!!!!!!!!!!!!!!